Tuesday, 11 February 2014

Kreativiti

Dah sebulan saya tak post walaupun berazam untuk merajinkan diri untuk post. Harapnya lepas ni blog akan lebih kerap di update.
Ok…Jom sembang pasal kreativiti. Zaman la ni, kalau nak berjaya kena kreatif, betul tak?… Jadi, kreatif tu apa? Bagaimana nak jadi kreatif? Kreatif ni untuk orang seni saja ka? Jadi…apa jawapannya…jom baca lagi


Menjadi kreatif mestilah melibatkan sesuatu yang dilakukan atupun aktiviti tertentu dan tidak abstrak. Kreativiti tidak eksklusif untuk orang seni saja, sesiapa saja boleh menjadi  kreatif dalam apa jua bidang samaada matematik, muzik, penulisan, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya..
Kreatif didefinasikan sebagai proses imaginasi dengan hasil yang original dan bernilai. Kreativiti pula adalah proses yang melibatkan beberapa aspek dan fasa untuk menjadi kreatif. Terdapat 3 aspek yang perlu dilalui untuk menjadi kreatif iaitu medium yang betul, kawalan ke atas medium dan kebebasan bereksperimen.

Cari Medium Anda
Medium yang betul dan keserasian dengan elemen akan menyerlahkan kretiviti sebenar individu.    Kapasiti kreativiti akan terbuka dan akan direalisasikan melalui medium yang digunakan.  Medium yang salah akan menyebabkan kreativiti individu tersekat.
Setiap individu mempunyai medium terbaik masing-masing atau dalam kata lain setiap orang mempunyai kecenderungan dan bakat yang berbeza. Keadaan semasa dan system yang ada menyebabkan individu tidak sedar akan medium yang terbaik untuknya untuk menjadi kreatif.

Sebahagian daripada kita bernasib baik apabila sedar akan medium mereka pada masa yang betul. Manakala sebahagian lagi tidak pernah sedar dengan kapasiti kreativiti mereka kerana meraka tidak bertemu dengan medium mereka. Mereka membuat kesimpulan bahawa mereka tidak kreatif.

Keupayaan untuk mengawal medium tersebut
Pencapaian kreativiti adalah berkait dengan kawalan medium. Sekadar meminta seseorang menjadi kreatif , adalah tidak mencukupi. Kanak-kanak dan orang dewasa  memerlukan sebab dan kemahiran untuk menjadi kreatif. Oleh itu perlulah belajar kemahiran yang diperlukan, jika tidak keupayaan untuk berkreatif manjadi terhad.

Ini tidak bermaksud orang yang tidak mempunyai kemahiran tidak boleh menjadi kreatif. Ada Individu yang menghasilkan hasil kreatif yang bernilai mengunakan teknik yang tidak diasah. Kefahaman yang mendalam dalam bidang yang mereka kerjakan menjadi factor utama kejayaan mereka.

Kebebasan untuk experimen
Membangunkan kreativiti adalah proses yang mesti memberi keseimbangan antara kemahiran belajar dan stimulasi imaginasi untuk meneroka idea baru. Kreativiti tidak hanya mengawal malah ia melibatkan spekulasi, menerokai pengetahuan baru dan menggunakan imaginasi.


Kesimpulannya, kalau terasa diri tidak kreatif mungkin anda tidak berada dalam medium terbaik anda. Cuba korek dalam diri anda ataupun ingat balik minat dizaman persekolahan yang ada tapi tidak dipedulikan. Mungkin itu adalah medium anda. Apa yang perlu di buat adalah dalami bidang tersebut, belajar kemahiran yang diperlukan. Insyaallah pintu kreativiti akan terbuka dengan pelbagai idea untuk diteroka dan di ekperimenkan.


No comments:

Post a Comment