Masalah berat badan berlebihan adalah
masalah yang sering dihadapi bagi sesiapa yang mempunyai selera makan yang
tinggi dan mempunyai jenis badan yang mudah naik. Betul tak? Saya berada dalam
kategori ini, malah sibling saya pun sama. Saya rasa ramai yang berada dalam
kategori ni.
Saya nak kongsikan pengalaman saya
menurunkan berat badan...
Sejak saya ambil berat pasal berat badan ,
rekod berat badan saya yang paling tinggi adalah 68kg. Waktu tu saya ambil produk
kuruskan berat badan mula-mula yang mahal pastu bertukar kepada yang murah
sikit al maklumlah student. Masa saya ambil produk saya terfikir macam ni
walaupun saya ambil produk kena diet, apa bezanya tak ambil produk dan diet. Yelah
waktu ambil produk tu dia kata tak akan lapar kalau makan produk, tapi perut
bunyi jugak. Lagipun berat tak turun banyak manapun dengan ambil produk . Jadi
saya ambil keputusan turunkan berat badan tanpa produk.
Jadi macam mana saya buat:
- · Saya makan nasi sekali seminggu; 1 senduk nasi dengan sup ayam atau daging atau ikan, kadang 2 tomyam
- · Hari lain tak makan nasi, saya makan biskut kraker atau roti plus milo.
- · Saya minum air kosong min 2L sehari dan maksimum saya minum 4L.
- · Saya buat senaman setiap hari samaada taebo atau jogging
Selepas beberapa bulan, hasilnya berat
badan saya turun ke berat ideal saya 50kg.
Walaupun diet ni mencapai target, saya rasa
badan saya tak bermaya sebab apa? Sebab tak cukup zat. Kawan pun ada tegur saya
pucat. Kadang-kadang menggangu kosentrasi untuk buat kerja.
Bila dah capai target, waktu tu kena waktu
raya. So seperti kebanyakan orang lain dek kata nak celebrate makannya pun
macam-macam. Yelah berbulan-bulan asyik makan biskut dan roti, bila jumpa yang
lain apa lagi hentam la. Boleh guest la apa yang jadi, berat badan naik balik.
Saya pun tak diet mati-matian macam sebelumnya tapi still control juga sikit-sikit
dan senaman buat juga tapi tak buat hari-hari. Alhamdulillah berat saya tak
rebound 2 kali ganda hanya naik ½ kali ganda thanks to taebo.
Saya tak kan diet extreme macam tu sebab apa, saya nak enjoy makan
dan nak sihat. So macam mana nak turunkan berat badan tanpa membebankan
fikiran, badan dan kesihatan. Jawapannya adalah mengubah kepada gaya hidup
sihat dengan menurunkan berat badan secara semulajadi dan perlahan.
Saya akan postkan cara turunkan berat badan
secara sihat dan tidak membebankan dalam
post yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment